`




Naruto Shippuuden Episode 94: "Communicating Hearts"

Kabuto entrusts Yūkimaru to Guren. Naruto tries to teach Gamakichi and Gamatatsu how to use Water Style ninjutsu, as Kiba discovers that the enemy may be using bats. Tsunade decides to send out Yamato to assist Kakashi; she tells him to take Sai and Sakura, but not to tell Naruto. Yūkimaru falls ill and Guren and him are forced to spend the night in a cabin. In the morning, Guren finds Yūkimaru playing in instrument that his mother gave him. After giving him a crystalized camellia take would never die, Guren and Yūkimaru head back out.

A big thank you to MySpace.Tv especially to Uchiha Itachi for providing the video and wikipedia for providing the show info.



English manager Fabio Capello last night appeared on the Italian TV show “Chiambretti Night,” and after chewing the fat for the majority of the programme, Don Fabio was rewarded just before the end of the broadcast with his own lap-dance on screen.

Fabio Capello’s lap-dance can be seen here.

Hehe cam klakar ar plak tengok coach England kite ni digoda aweks chiun....

Papepon layankan video clip yg kelakar ni..

Layanzzz






Kali ni BG nak cakap tima kasih kat MySpace sebab kasi video ni and Henrik sebab uploadkan cete ni..





Kali ni BG nak cakap tima kasih kat MySpace sebab kasi video ni and Henrik sebab uploadkan cete ni..


Picture Source


LOS ANGELES: Gara-gara terlalu kecewa akibat diberhentikan kerja, seorang lelaki menembak mati isteri dan lima anaknya sebelum membunuh diri, semalam.


Menurut polis, kejadian itu disedari selepas pihak berkuasa menemui tujuh mayat di dalam sebuah rumah di pinggir Wilmington, selatan Los Angeles kira-kira jam 8 pagi (waktu tempatan).

Jurucakap polis Los Angeles, Ken Garner, berkata setakat ini polis percaya pembunuhan dilakukan lelaki terbabit sebelum dia menembak dirinya sendiri.

Katanya, sebelum itu sebuah stesen televisyen tempatan menghubungi polis selepas mereka mendapat maklumat mengenai kemungkinan berlaku pembunuhan di sebuah rumah.

“Stesen televisyen itu mendapat panggilan daripada seorang lelaki serta menerima faks untuk memaklumkan rancangannya membunuh seluruh anggota keluarga dan dirinya sendiri.

“Melalui faks itu, lelaki terbabit menyatakan dia diberhentikan daripada tugasnya di sebuah hospital yang diuruskan kumpulan perubatan Amerika Syarikat, Kaiser Permanente di barat Los Angeles,” katanya.

Sumber berita


Picture source

Kalau kita pi bercuti dengan family.. selalunya percutian itu akan berakhir dengan kegembiraan, kepenatan dan kenangan manis yang kita boleh share bersama tatkala usia meningkat tua..

Tapi cete BG kali ni agak sedih sal percutian satu family yang bercuti kat Pulau Besar...

Apa berlaku sebenarnyer??
MELAKA: Mereka sekeluarga sudah tiga kali berkunjung ke Pulau Besar dekat sini untuk bercuti, namun lawatan keempat kelmarin membawa tragedi menyayatkan hati.

“Kami tiba jam 3.30 petang kelmarin lalu mengambil keputusan bermalam di surau saja berikutan bilik penginapan habis ditempah.

“Saya membiarkan Muhammad Asiq dan Muhammad Firdaus dengan suami dan ahli keluarga lain yang berehat selepas menunaikan solat sebelum menyedari mereka sudah tiada,” kata Shahita Banu Ahmad, 32, ibu kepada dua beradik yang ditemui lemas di kolam takungan sedalam dua meter di pulau berkenaan.

Dua beradik itu dilaporkan hilang sebelum ditemui lemas di kolam terbabit di belakang surau itu jam 10 pagi hingga 10.30 pagi semalam.

Shahita Banu berkata, dia mula panik apabila menyedari kehilangan kedua-dua mereka lalu berusaha mencari di sekitar surau termasuk di kolam terbabit hingga perasaan bertukar takut.

Takde sape yang sudi menolong
“Berikutan itu, kami meminta bantuan orang ramai, tetapi tiada siapa sudi membantu, sebaliknya mempersendakan sambil mendakwa mungkin dilarikan orang atau disembunyikan nenek tua (orang halus) menyebabkan kami terpaksa mencari sendiri.

“Hati saya berdebar-debar bercampur bimbang apabila gagal menemui mereka walaupun sudah mencari di sepanjang pantai dengan bantuan seorang kakitangan keselamatan,” katanya.

Jenazah akhirnya ditemui
Menurutnya, dia langsung tidak menyangka kedua-dua mayat anaknya di kolam itu kerana beberapa kali mencari mereka di kawasan itu.

Disebabkan kerisauan, dia gagal melelapkan mata dan fikiran menjadi buntu sambil berdoa kepada Tuhan walaupun suasana gelap dan menyukarkan pencarian.

Bagaimanapun, dia akhir terpaksa menerima takdir Ilahi apabila dimaklumkan mayat Firdaus ditemui terapung dalam kolam itu.

Tidak lama kemudian, mayat Asiq dijumpai terapung.

Dan dikebumikan di..
Jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur.

Berita asal.. klik sini


picture source

Kalau nak tau betapa dasatnyer kalau kita ni bakal (sebab blom lahir lagi.. hehe) anak seorang artis tersohor cam Erra tu.. ha... Erra Jr. kita dasat sebab blom lahir lagi dah di target oleh David Teo untuk beraksi dalam drama bersiri "Mertua vs Menantu musim kedua."

Actually drama dia dah keluar kat tv via Astro Prima (channel 105) & sebab cete ni feedback dia gempaks David Teo nak buat continuation ke Musim ke-2.. Dan untuk menghangatkan lagi drama ni.. David mengambil kakitangan yang bakal dilahirkan dari perot Erra.. hehe... So kalau korang nak tengok comel ke tak @ nak tengok Baby Erra.. apelagi nantikan Drama ni yerp...

Wat info korang skang ni dah masuk bulan ke-7 Erra dah mengandung.. tinggal 2 bulan lebih je lagi ni... so paperpon BG doakan yang Erra akan lahirkan baby tu dalam keadaan yg selamat dan sihat hendaknyer...

nak baca selanjutnyer click sini

Salamz.


Picture Source

BG (Bini Garang) Would like to wish a happy and prosperous Chinese New Year to all!!

Hope that the Ox will tanduk us with more Ong (Tuah/Luck) this year and Make this year a good year in terms of cash flow!

Gong Xi Fa Chai!!



Lan Pengsan masa kat Balai Berita NSTP...

Bila??
23 Jan 09

Nape??
Sebab dia penat sangat n stress.. giler kesian.. sebab tak makan pagi pon satu hal gaks...

Bahana Juara Lagu..
Sejak menjak jadi juara ni.. MUH (Meet Uncle Hussain) busy bangat.. so akibat terlalu busy.. inilah jadinya pada artist kite ni.. ciann dia,,

Moral Of the story..
Lenkali kalau busy camner pon kena sarapan k... sebab sarapan is important to start ur day!! Kalau tanak sarapan sebab nak jaga makan... try supplements, milk shakes @ health products.. it'll surely help!!


Picture Source

Woww.. who's that girl in the pic???
Scha Al Yahya...

Skandal Saper ni??
Fahrin arr kuttt... he he he

Age??
Baru arr nak masuk 26 Tahun ni...

Tapi ape yang penting.. selain kerjasama....
Aweks ni chiun bangat!!!! Sebab itulah dia pernah jadik Dewi Remaja 2005/2006 beb!!!

Kalau nak tengok gambar dia yg lain... ape lagik click je sini

`





Naruto Shippuuden Episode 93: "Communicating Hearts"

Naruto continues his training with Gamakichi and Gamatatsu until Jiraiya leaves to research the Akatsuki more. Naruto heads back to Konoha to continue training. Tsunade receives one of Shino's insects, which has been crystalized due to Guren's technique, and sends it to the forensics department. Rinji, the one of charge of Guren's men, learns about the presence of Kakashi's team through a bat that he sent out. Back in Konoha, Naruto learns that neither Gamakichi or Gamatatu can use Water Style ninjutsu.

A big thank you to MySpace.Tv especially to Uchiha Itachi for providing the video and wikipedia for providing the show info.







Bleach Episode 203: "Karakura Town Gathers! Aizen Versus Shinigami"

Pertembungan Geng Aizen dan Shinigami dah bermula... apelagi... layankan sudeeee... hehe

A big thank you to MySpace.Tv especially to Anime Whore for providing the video and wikipedia for providing the show info.


picture source


Storyline dia..

Pelakon : Liyana Jasmay, Sabrina Hassan, Eja, Sherry Ibrahim, Nana, Diana Danielle, Que Haidar, Hasnul Rahmat, Awal Ashaari, Danny X Factor, Reza AF, Zack Taipan

Filem Maut menggunakan pendekatan ensemble movie apabila dipersembahkan dengan tiga jalan cerita berbeza.

Kisah pertama mengenai seorang pelajar bernama Su. Ketika sedang mentelaah di rumahnya pada waktu malam, dia didatangi seorang gadis bernama Fadilah yang meminta pertolongan untuk berlindung di rumahnya.

Kehilangan Fadilah menimbulkan misteri. Su bertambah runsing apabila kisah kehilangan Fadilah dilaporkan media masa.

Kisah kedua pula berkisar mengenai Farah, seorang pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Dia memilih seorang jejaka Inggeris bernama Duke sebagai pasangan hidupnya.

Pada satu hari, mereka mengadakan parti dan pada majlis berkenaan Duke berlaku curang dan perkara itu dilihat Farah. Akibat terlalu marah, Farah meninggalkan rumah dan memandu dengan laju. Sesuatu berlaku kepadanya tanpa diduga menyebabkan dia insaf.

Sementara itu, JJ seorang lelaki muda yang hilang pegangan agamanya diangkat dalam kisah ketiga filem Maut ini. Tatu menghiasi tubuh badannya dan muzik black metal pula menjadi penghibur halwa telinganya.

Dia juga semakin lupa pada agama dan tidak menghiraukan nasihat ibu dan kakaknya. Pada satu malam, JJ dan rakan-rakannya yang sedang dalam perjalanan pulang selepas menyaksikan konsert black metal ditimpa kemalangan dahsyat. Apakah yang berlaku kepadanya selepas itu?

Bagaimana keadaan mereka ketika menghadapi maut ini? Situasi inilah yang boleh menyebabkan penonton terfikir, di manakah kedudukan kita sebenarnya terutama di sisi Tuhan


Cete terbaru arahan Bade Haji Azmi kalau ikut kutipan dari panggung wayang dah cecah RM700 riban tu... pastuh bak kata komen orang yg dah penah tengok cete tu.. ade yang komen yang cete ni tak segempaks dia punya trailer...

TAPI.. apa yang penting wa mau tabik bro Bade coz brani wat cete yg lain dari yg lain ni.. papepon guys kalau dah takde cete lain yang korang nak tengok, trylah tengok cete ni... Paling-palingpon korang dapat pengajaran dari cete ni...






Naruto Shippuuden Episode 92: "Encounter"

Kabuto and Yūkimaru travel to a lake, where Kabuto attempts to draw out a mysterious creature, which seemed to be the third-tailed beast. Guren branches off from her men to find Orochimaru, who has Sasuke fight an army of Sound Ninja as training. Sasuke defeats them all, but declares that he wants to kill Itachi more than them. Naruto continues his training by summoning Gamakichi and Gamatatsu, but still doesn't understand the concept of connecting to another person's heart. Kabuto and Yūkimaru arrive at the Hot Springs Village where Naruto and Jiraiya are.

A big thank you to MySpace.Tv especially to Uchiha Itachi for providing the video and wikipedia for providing the show info.






Episode kali ni kite tengok camner seksanye si Brooke nak impress geng crewmate dia... so layankan episode yg serba kelakar dari One Piece ni..

Kali ni BG nak cakap tima kasih kat MySpace sebab kasi video ni and Henrik sebab uploadkan cete ni..




AMPANG: Perselisihan faham dengan isteri menyebabkan seorang suami hilang pertimbangan hingga sanggup bertindak kejam membuang bayinya yang berusia enam bulan ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam.


Insiden itu dilihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan tanpa disedari pasangan terbabit.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki terbabit mulanya dilihat bersama isteri menaiki Proton Wira hitam sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Lelaki itu kemudian keluar dari kereta lalu mengambil bayi terbabit yang diletakkan di tempat duduk belakang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Isterinya cuba mengambil kembali bayi terbabit, namun lelaki berkenaan menarik tangannya masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju.

Menurut sumber polis, lelaki berkenaan berang kerana mendakwa isterinya berlaku curang selain tidak mempercayai bayi terbabit anaknya sendiri.

Menceritakan kejadian terbabit, pengawal keselamatan itu, Hairul Azwan Hamid, 29, berkata mulanya dia ternampak sebuah kereta berhenti berhampiran tong sampah di stesen LRT terbabit sebelum terdengar orang bergaduh.

“Saya melihat seorang lelaki dalam keadaan marah keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk penumpang sebelum terdengar wanita itu menjerit.

“Saya hanya memerhatikan perbuatan mereka kerana enggan masuk campur,” katanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Kampung Warisan.

Dia mendapati lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali diikuti jeritan wanita itu yang semakin kuat.

“Saya perhatikan kaki wanita itu berada di luar menyebabkan dia cedera akibat tindakan lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali,” katanya.

Hairul segera mencatat nombor plat kereta terbabit kerana khuatir berlaku perkara buruk sambil terus memerhatikan mereka.

Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan membuka pintu belakang kereta dan membawa satu ‘objek’ sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

“Selepas ‘objek’ itu dibuang, saya lihat wanita terbabit keluar dan cuba mengambilnya kembali, tetapi dia dihalang lelaki berkenaan dan ditarik masuk ke dalam kereta.

“Apabila cuba sekali lagi mengambil ‘barang’ dalam tong sampah itu, dia ditarik semula sebelum lelaki itu memecut kereta,” katanya.

Disebabkan perasaan ingin tahun, Hairul pergi ke tong sampah itu dan ketika menghampirinya, dia terdengar suara bayi menangis.

Sejurus melihatnya, dia terkejut kerana mendapati objek terbabit seorang bayi comel sebelum mengangkatnya keluar dari tong sampah.

“Saya menghubungi polis sebelum membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang,” katanya yang kecewa dengan perbuatan dilakukan lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri terbabit sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 4.30 petang semalam.

“Mereka yang berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan bermula hari ini. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.


P/s- jangan la sampai jadi camni... kesian budak tu....

Source - Harian Metro

Penceraian Ariel Peterpan dan Sarah Amalia …



Bila???
Dah lama da… Masa 27 Mei 2008

Cerita panjang dia..
Ariel secara rasmi bercerai dengan x-wife through keputusan Pengadilan Agama, Jakarta Barat. Dengar khabar, penceraian ni pasal orang ke-3.. dengar kata si Luna Maya…



Dengar cete dah kahwin…
Ha’a.. pastu cam kahwin senyap-senyap lak tu.. cete ni tak confirm lagi as media pon tak dapat source yang confirm lagi..tapi dengar cete yang dikahwini tu maybe Luna Maya.. so papepon kite layankan je….





Lyrics lagu ni:

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan

Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

Ya.... Juara Lagu baru berakhir dan juara yang tak disangka-sangka akhirnya dinobatkan untuk kejuaraan Lagu kali ni..

Paper pon wa nak tabik spring untuk Bank Indie nie coz selain dari Performance yang POWER dan MANTAP mereka memang layak jadik Champs kali ni!!

Paperpon wa mau cakap yang WACAYASAMALULAH MUH (Meet Uncle Hussain)!!!!



Hehe.. Memey kembali tapi dengan pengakuan dan TANPA ABANG NORMAN!!

Dimana???
Kat TV Lerr... Kat TV3 kluar kat WHI (Wanita Harini)

Eh berlakun ke atau kat cerete drama bersiri???
Bukanlah dia cam wat pengakuan arr pasal kes dia yang baru-baru ni tangkap "WET" kat opis Abang Norman dia..

Ada kata-kata best tak masa dia masuk WHI tu??

Adeeee.... cuba baca klipping ayat-ayat dia masa dia kena interview kat WHI...
  1. Issue berdiam diri selepas kantoi..
    "Apabila benda tengah panas, saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Saya tidak mahu menghiriskan hati pihak terbabit. Lagipun saya tidak pernah berdepan dengan kontroversi seperti ini. Jadi, berdiam diri adalah cara terbaik dan ia juga atas nasihat keluarga.

    "Tapi, semakin saya berdiam diri, makin memuncak pula kemarahan masyarakat terhadap saya. Semua menuding jari menyalahkan saya dengan macam-macam kutukan dan cercaan. Ada yang anggap saya takut berdepan dengan masyarakat.

    "Saya hanya perlukan masa. Biar semua reda dulu. Saya mahu cari ketenangan, dan mengumpul kembali kekuatan semula. Saya sedar lambat laun saya kena berdepan dengan semua orang,"

  2. Issue penceraian Abby-Norman
    "Tapi, apabila ia sudah berlaku, saya tidak punya pilihan lain, melainkan terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut. Saya juga tidak minta apa yang terjadi sehingga ia akan mencetuskan perceraian antara Norman dan Abby.

  3. Issue Norman coverline Memey
    "Terus terang apabila Norman mempertahankan diri saya di depan Abby, saya terasa ia memang tidak adil buat Abby sendiri. Saya tidak tahu mengapa Norman berbuat demikian. Dia tentu ada alasan untuk mempertahankan saya. Tapi, keadaan itu membuatkan saya semakin banyak dihentam," katanya.

  4. Issue Mintak maaf kat Abby
    "Sebenarnya saya sudah meminta maaf menerusi media. Tapi, maklum balas yang diterima adalah sebaliknya. Tapi, saya tetap akan berusahakan untuk bertemu dengan Abby. Tapi, saya faham Abby perlukan masa," katanya.

  5. Dan akhir skali sal Issue Publisiti yang hangat dari case ni
    "Lagipun saya tidak mahu dicop sebagai pelakon kontroversi. Percayalah ia bukannya satu pencapaian yang membanggakan. Saya masuk dalam bidang ini dengan matlamat untuk berjaya sebagai anak seni. Jadi kalau boleh saya mahu diberikan peluang kedua.

    "Alhamdulillah, masih banyak lagi produser menawarkan peluang berlakon dalam produksi mereka. Malah, waktu saya berdiam diri pun masih ada tawaran yang datang, cuma saya yang tak sedia menerimanya.

    "Sekarang saya mahu teruskan semula perjuangan yang ada dan saya juga tidak mahu mensia-siakan bakat. Andai kata saya ditakdirkan berlakon dengan Abby pun, saya akan terima," katanya.
    (Source ayat-ayat best ni dari Murai.com.my)

Well.. as for me.. personally I nak cakap tahniah atas kejayaan memaparkan diri DAN buat pengakuan di TV3.. siap depan press tu dan tidak dilupakan adegan Memey kena panggilan PANAS dari satu caller.. dasat2.. tapi Bagi gue dari kesah Memey ni kite buatlah pengajaran buat diri sendiri agar... dapat blajar dari kesah teladan mereka ini DAN apa yang penting yelah kalau nak bekerja pon.. kenalah beramai-ramai especially waktu dan tempat serta status pasangan kite pon kena jaga....

WASSALAMZ....






Naruto Shippuuden Episode 91: "Orochimaru's Hideout Discovered"

Guren takes twenty-one survivors from the previous battle and leaves to meet with Orochimaru. Team 8 and Kakashi arrive at Orochimaru's hideout, only to discover that it had already been abandoned. Guren uses her crystal jutsu to kill sixteen of her charges when they try to revolt. The other five escaped death by choosing to stay out of the confrontation. Meanwhile, Naruto tries to find a ranged attack he can use, and Jiraiya plans on training him in synchronizing jutsu. Unfortunately, Naruto does not get along well with Gamariki, with whom he is supposed to synchronize.

A big thank you to MySpace.Tv especially to Uchiha Itachi for providing the video and wikipedia for providing the show info.






Bleach Episode 202: ""Fierce Fighting Conclusion! Who's the Strongest?"

Jom tengok si Arrancar kena blasah melalui bleach terkini... yezza...

A big thank you to MySpace.Tv especially to Anime Whore for providing the video and wikipedia for providing the show info.



Hi blog readers.. Sorry sangat sebab lately aku memang akui yang aku dah kena penyakit KEMALASAN yang teramat sangat...

REASON???

  1. 1stly sebab aku tak focus.. banyak mender yg aku nak buat.. e.g. Online Business aku kat Lowyat ngan kat ebay, etiqa and shaklee lagi.. arrgghh pening
  2. Sebab baru-baru ni aku kena Chicken Feaver (Chicken POx!!).. N paling besh masa kena tu.. seminggu kena quarantine kat tempat yg ade internet lembap (maxiz broadband!!)
  3. Aku menghadapi depression dengan relationship aku.. so mOod nak menaip @ post ape2 dah jadik slow...
Inilah aksi aku masa mandi baru-baru ni:


So harap maaf, harap maklum... and harap semua dapat life yang gembira hendaknye...

Thanks for visiting and viewing... Love you ALL!!