Showing posts with label Dahsyat. Show all posts
Showing posts with label Dahsyat. Show all posts


Picture Source


LOS ANGELES: Gara-gara terlalu kecewa akibat diberhentikan kerja, seorang lelaki menembak mati isteri dan lima anaknya sebelum membunuh diri, semalam.


Menurut polis, kejadian itu disedari selepas pihak berkuasa menemui tujuh mayat di dalam sebuah rumah di pinggir Wilmington, selatan Los Angeles kira-kira jam 8 pagi (waktu tempatan).

Jurucakap polis Los Angeles, Ken Garner, berkata setakat ini polis percaya pembunuhan dilakukan lelaki terbabit sebelum dia menembak dirinya sendiri.

Katanya, sebelum itu sebuah stesen televisyen tempatan menghubungi polis selepas mereka mendapat maklumat mengenai kemungkinan berlaku pembunuhan di sebuah rumah.

“Stesen televisyen itu mendapat panggilan daripada seorang lelaki serta menerima faks untuk memaklumkan rancangannya membunuh seluruh anggota keluarga dan dirinya sendiri.

“Melalui faks itu, lelaki terbabit menyatakan dia diberhentikan daripada tugasnya di sebuah hospital yang diuruskan kumpulan perubatan Amerika Syarikat, Kaiser Permanente di barat Los Angeles,” katanya.

Sumber berita


Picture source

Kalau kita pi bercuti dengan family.. selalunya percutian itu akan berakhir dengan kegembiraan, kepenatan dan kenangan manis yang kita boleh share bersama tatkala usia meningkat tua..

Tapi cete BG kali ni agak sedih sal percutian satu family yang bercuti kat Pulau Besar...

Apa berlaku sebenarnyer??
MELAKA: Mereka sekeluarga sudah tiga kali berkunjung ke Pulau Besar dekat sini untuk bercuti, namun lawatan keempat kelmarin membawa tragedi menyayatkan hati.

“Kami tiba jam 3.30 petang kelmarin lalu mengambil keputusan bermalam di surau saja berikutan bilik penginapan habis ditempah.

“Saya membiarkan Muhammad Asiq dan Muhammad Firdaus dengan suami dan ahli keluarga lain yang berehat selepas menunaikan solat sebelum menyedari mereka sudah tiada,” kata Shahita Banu Ahmad, 32, ibu kepada dua beradik yang ditemui lemas di kolam takungan sedalam dua meter di pulau berkenaan.

Dua beradik itu dilaporkan hilang sebelum ditemui lemas di kolam terbabit di belakang surau itu jam 10 pagi hingga 10.30 pagi semalam.

Shahita Banu berkata, dia mula panik apabila menyedari kehilangan kedua-dua mereka lalu berusaha mencari di sekitar surau termasuk di kolam terbabit hingga perasaan bertukar takut.

Takde sape yang sudi menolong
“Berikutan itu, kami meminta bantuan orang ramai, tetapi tiada siapa sudi membantu, sebaliknya mempersendakan sambil mendakwa mungkin dilarikan orang atau disembunyikan nenek tua (orang halus) menyebabkan kami terpaksa mencari sendiri.

“Hati saya berdebar-debar bercampur bimbang apabila gagal menemui mereka walaupun sudah mencari di sepanjang pantai dengan bantuan seorang kakitangan keselamatan,” katanya.

Jenazah akhirnya ditemui
Menurutnya, dia langsung tidak menyangka kedua-dua mayat anaknya di kolam itu kerana beberapa kali mencari mereka di kawasan itu.

Disebabkan kerisauan, dia gagal melelapkan mata dan fikiran menjadi buntu sambil berdoa kepada Tuhan walaupun suasana gelap dan menyukarkan pencarian.

Bagaimanapun, dia akhir terpaksa menerima takdir Ilahi apabila dimaklumkan mayat Firdaus ditemui terapung dalam kolam itu.

Tidak lama kemudian, mayat Asiq dijumpai terapung.

Dan dikebumikan di..
Jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jalan Kuari, Cheras, Kuala Lumpur.

Berita asal.. klik sini




AMPANG: Perselisihan faham dengan isteri menyebabkan seorang suami hilang pertimbangan hingga sanggup bertindak kejam membuang bayinya yang berusia enam bulan ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam.


Insiden itu dilihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan tanpa disedari pasangan terbabit.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki terbabit mulanya dilihat bersama isteri menaiki Proton Wira hitam sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Lelaki itu kemudian keluar dari kereta lalu mengambil bayi terbabit yang diletakkan di tempat duduk belakang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

Isterinya cuba mengambil kembali bayi terbabit, namun lelaki berkenaan menarik tangannya masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju.

Menurut sumber polis, lelaki berkenaan berang kerana mendakwa isterinya berlaku curang selain tidak mempercayai bayi terbabit anaknya sendiri.

Menceritakan kejadian terbabit, pengawal keselamatan itu, Hairul Azwan Hamid, 29, berkata mulanya dia ternampak sebuah kereta berhenti berhampiran tong sampah di stesen LRT terbabit sebelum terdengar orang bergaduh.

“Saya melihat seorang lelaki dalam keadaan marah keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk penumpang sebelum terdengar wanita itu menjerit.

“Saya hanya memerhatikan perbuatan mereka kerana enggan masuk campur,” katanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Kampung Warisan.

Dia mendapati lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali diikuti jeritan wanita itu yang semakin kuat.

“Saya perhatikan kaki wanita itu berada di luar menyebabkan dia cedera akibat tindakan lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali,” katanya.

Hairul segera mencatat nombor plat kereta terbabit kerana khuatir berlaku perkara buruk sambil terus memerhatikan mereka.

Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan membuka pintu belakang kereta dan membawa satu ‘objek’ sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

“Selepas ‘objek’ itu dibuang, saya lihat wanita terbabit keluar dan cuba mengambilnya kembali, tetapi dia dihalang lelaki berkenaan dan ditarik masuk ke dalam kereta.

“Apabila cuba sekali lagi mengambil ‘barang’ dalam tong sampah itu, dia ditarik semula sebelum lelaki itu memecut kereta,” katanya.

Disebabkan perasaan ingin tahun, Hairul pergi ke tong sampah itu dan ketika menghampirinya, dia terdengar suara bayi menangis.

Sejurus melihatnya, dia terkejut kerana mendapati objek terbabit seorang bayi comel sebelum mengangkatnya keluar dari tong sampah.

“Saya menghubungi polis sebelum membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang,” katanya yang kecewa dengan perbuatan dilakukan lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri terbabit sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 4.30 petang semalam.

“Mereka yang berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan bermula hari ini. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.


P/s- jangan la sampai jadi camni... kesian budak tu....

Source - Harian Metro