image source:
Berita Harian

Wahh dalam ketiadaan ku beberapa hari ni tetiber lak ade macam-macam cete.. tapi cete ni tak se-HOT cete Abang jejaka POLIS Gerak Khas kita sape lagi kalau tak
Norman Hakim dan pasangan yang terKANTOInya itu si Memey Suhaiza.

Ape story sal dua orang ni? :Alkisahnyer derang ni kete tangkap KHALWAT

Kantoi kat MANA??: Dalam Opis kat Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang


Sape yang KANTOIkan derang5 anggota penguatkuasa JAIS dan 2 anggota polis

Masa/ Waktu Kantoi: 2 Pagi.. bajet-bajet arr kan masa kalau nak lepak ngan anak dara orang.. ni plak sampai 2 Pagi.. adehh cover line arr pon..

Keadaan Masa Kantoi: Kedua-duanye Berpakaian Lengkap. Pastuh bro Norman lak tengah syok menyuruks kat blakang opis tu.. he he he

Sape Informer: Orang Ramai arr... he he he kalau tak confirm arr tak KANTOI kan..

Komen Isteri a.k.a Kak Abby kita: "Harap Norman PULANG ke pangkal Jalan".. soh dia Insaflah tu..

Alkisahnyer: 

So Kalau korang nak tau selamjutnyer sal kisah Kantoi derang ni... jom kite tengok ape cete derang lagi
  1. Berita Harian: Masuk kat column Nasional beb.. hehe 
  2. Murai.com.my : Sumber cete hangat

The new manga is out. So click on the links provided below to read on the latest manga added on One Manga.



Click on the link to read the latest Naruto manga (Episode 422)

Episod kali ni pulak kakashi tengah nak belasah Pain.. bacalah kalau nak tau ape yang terjadik.. sebab banyak gak arr scene yang mengejutkan...


Click on the link to read the latest Bleach manga (Episode 332)



Click on the link to read the latest One Piece manga (Episode 520)

Kali ni episod One Piece memang mantap sebab Adegan Luffy membelasah kedua-dua adik beradik ular yang peliks itu, he he he... POWERRR sehh Luffy!!

A big thanks to One Manga for the Manga's





Bleach semakin mengganas!! kali ni Nel dah tukar jadi Original form dia.. perrggghh memang mantap especially dia punya physical appearence.. wahhh sungguuh masyuukkk.. apalagi Aranncar form bro..  Basically episode ni okaylah untuk ditonton..  orait, so kengkawan apelagi layankan je sude.. Layanzzz..

A big thank you to MySpace.Tv especially to The First One for providing the video and wikipedia for providing the show info.

Ok jom stat dengan A..B..C.. selalunye kalau kite cakap pasal ABC ni kita akan selalu A.. A for Apple.. B pulak Ball (Bola).. C untuk Cat ke Car ke.. kan kan kan… selalunye inilah yang cikgu kat sekolah tadika kite akan ajarkan kat anak murid mereka.. kira Subjek common lah kat sekolah mana-mana pon... Kali ni meh aku ajar korang.. ape sebenarnyer maksud ABC dari perspektif seorang lelaki yang BINI (Isteri) dia garang nak mampus.. Layankan erk..

A.. untuk Aku
B.. untuk Boring sangat-sangat
C.. untuk Cebab bini aku garang sangat
D.. untuk DAN
E.. untuk Emosi terlebih sangat (sebab tu setiap hari pon nak PMS)
F.. untuk Feeling pon sula kureng kat Bini aku tu..
G..untuk Ganti dengan BINI baru pon cam best gak… :p he he
H.. untuk Hari-hari kena marah
I.. untuk Ini hari blom tau lagi nak kena marah sebab ape..
J.. untuk Jam dah nak masuk kol 6 ni (waktu balik keje)
K.. untuk Kompem dalam kete ni dia stat engine dia (BEBEL)
L.. untuk Lari... tapi dimana?? Thailand maybe..
M.. untuk Mak aihh terlinga aku ni dah nak tercabut ni ha..
N.. untuk No Together-together tonight, arrghh SELF SERVICE la malam ni
O.. untuk O’ooo.. masak aku sebab terlambat da ni ha…
P.. untuk Panggilan di telipon dah berbunyi..
Q.. untuk Quek, quek quek cam bunyi itik suara bini ku mengquek..
R.. untuk Rosak plak kete aku ni.. macam mana ni.. bini aku dah bising ni..
S.. untuk Siut tol... abis nampaknyer tido luar gak la aku malam ni..
T.. untuk Time to masuk waktu MAGHRIB punya azan sudah kedengaran di radio..
U.. untuk United lak seri minggu ni... tensen.. haa.. tetibe engine kete aku leh stat
V.. untuk Victory street nama jalan opis bini aku.. (dah nak dekat ni)
W.. untuk Walamak aku dah nampak bini aku tunggu depan opis dia sambil tunjuk “the eyes of the DEVIL”
X.. untuk Xtreme abis pandangan dia tu...
Y.. untuk YELLOW Pages where are you.. aku nak cari no telipon Zorro ni lalu...
Z .. untuk Zorro pon datang slamatkan aku...

Zorro dalam cete aku ni cam ala-ala hero bagi semua lelaki2 yang bini dia garang la.. kononnyer... he he he..

Ni ha bini aku..


Last-last muka aku pon jadi macam ni  
"yer sayang.. sayang nak ape?"


Lagu ni best woo... dari Cete yang best "Flashdance" masa tahun kelahiran aku ni 1983.. Aweks dalam cete ni yang cun masa waktu 80'an tu si Irene Cara. So apelagi kalau mau tengok aksi2 yang best.. tengok arr pasti TANGKAP LELEH punya.. pendek cete memang korang takkan rugi layan video clip kali ni.. Manyak syok meh.. hehe


Nak info lagi pasal lagu ni... apelagik klik sini
For more info. (Click here)

Lyrics dia:

First, when there's nothing but a slow glowing dream
That your fear seems to hide deep inside your mind
All alone I have cried silent tears full of pride
In a world made of steel, made of stone

Well I hear the music, close my eyes, feel the rhythm
Wrap around, take a hold of my heart

[Chorus:]
What a feeling, bein's believin'
I can't have it all, now I'm dancin' for my life
Take your passion, and make it happen
Pictures come alive, you can dance right through your life

[Solo]

Now I hear the music, close my eyes, I am rhythm
In a flash it takes hold of my heart

[chorus (with ... "now I'm dancing through my life")]

What a feeling

What a feeling (I am music now), bein's believin' (I am rhythm now)
Pictures come alive, you can dance right through your life
What a feeling (I can really have it all)
What a feeling (Pictures come alive when I call)
I can have it all (I can really have it all)
Have it all (Pictures come alive when I call)
(call, call, call, call, what a feeling) I can have it all
(Bein's believin') bein's believin'
(Take your passion, make it happen) make it happen
(What a feeling) what a feeling... [to fade]



PERKAHWINAN merupakan majlis penting dalam masyarakat Melayu.  Upacaranya boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama, merisik, meminang serta menghantar belanja. Peringkat kedua, akad nikah dan berinai.  Peringkat ketiga, hari langsung atau hari bersanding, berarak dan bersanding serta sambut  menantu. 

Walaubagaimanpun pada dasarnya adat perkahwinan orang Melayu nampak sama, tetapi sebenarnya berbeza-beza mengikut adat negeri masing-masing. 


ADAT MERISIK 

Bagi upacara merisik wakil dari pihak lelaki akan pergi ke rumah si gadis untuk membuang-buang cakap.  Kedatangan ini tidak rasmi. Ia lebih mirip menziarahi kawan atau jiran. 

Sambil menghadapi juadah, disindirkan sedikit hasrat kunjungan itu. Ini untuk meninjau-ninjau lebih dahulu tindak balas ibu bapa si gadis. Biasanya pada ketika ini ibu bapa si gadis tidak mahu berjanji apa-apa. Sekembalinya pihak teruna, kedua-dua belah  pihak ini akan menyiasat latar belakang masing-masing. Jika ada cacat celanya atau sesuatu yang tidak berkenan mana-mana pihak boleh menolak atau berundur. 


ADAT MEMINANG 

Setelah kedua belah pihak bersetuju menerima risikan awal tadi, masing-masing akan membuat persediaan secara rasmi. Saudara-mara masing-masing dibawa berunding dan wakil pihak lelaki akan berkunjung sekali lagi ke rumah si gadis. Kali ini masa dan hari ditetapkan terlebih dahulu. Pihak perempuan akan bersedia setelah berunding dan mendapat persetujuan saudara-maranya berkenaan hal-hal berikut: 

1. Hari dan waktu meminang secara rasmi. 
2. Mas kahwinnya. 
3. Hantaran serba satu, serba dua dan lain-lain. 
4. Jumlah belanja hangus. 
5. Hari dan waktu perkahwinan, yakni hari langsung. 
6. Syarat-syarat lain sekiranya mana-mana pihak menarik diri dan sebagainya. 

Dengan demikian, apabila wakil pihak lelaki sampai, pihak perempuan sudah bersedia dan dapat menjelaskan satu persatu kehendak tersebut. Di samping itu, persetujuan juga dicapai tentang majlis hari pertunangan. 

1 . Jumlah rombongan pihak Ielaki. 
2.  Jumlah dulang yang akan dibawa pada hari itu selain daripada tepak sirih. 
3.  Samada sebahagian daripada belanja hangus dikehendaki atau tidak pada hari peminangan itu. 

Sesudah segala persetuan dicapai, wakil ibu bapa pihak Ielaki akan melaporkan kesemuanya kepada lbu bapa dan saudara-mara si teruna. 

Biasanya tidak banyak lagi yang akan dibicarakan. Di dalam tempoh ini sehingga hari pertunangan, pihak lelaki akan menyediakan barang-barang yang diperlukan oleh pihak perempuan. Manakala pihak perempuan akan menyiapkan barang-barang yang hendak dihadiahkan kepada pihak lelaki. 

Menurut Adat, pihak lelaki akan menghantar barang-barang berikut untuk Si gadis pada hari pertunangan: 

1 . Cincin sebentuk samada emas, intan atau berlian sebagai cincin tanda. 
2.  Sebuah tepak sirih yang Iengkap dengan isinya sebagai sirih meminang 
3.  Sepasang pakaian. 
4.  Sehelai kain tudung. 
5.  Buah-buahan atau lain-lain. 
6.  Beg tangan. 
7.  Sepasang kasut. 

Jumlah dulang daripada pihak Ielaki dan balasannya daripada pihak perempuan mestilah dalam bilangan ganjil. 

Pada hari pertunangan, pihak lelaki membawa barang-barang yang telah ditetapkan, seperti tepak sirih dan hadiah-hadiah lain. Bagi upacara meminang atau hari naik tanda, pihak lelaki akan menghantar wakil sebagai jurucakap. Demikian juga pihak perempuan akan mewakilkan seseorang sebagai jurucakap kepada pihak penerima pula. 

Majlis pertunangan akan berjalan meriah disulami berbalas-balas pantun daripada kedua-dua belah pihak umpamanya: 

            Bunga melur bunga berseri; 
            Bila dipetik hati nyaman; 
            Kami menghadap puak bistari; 
            Untuk memetik kuntum di tamam. 

            Dibalas pula oleh wakil pihak perempuan: 
            Ikan gelama ikan berduri; 
            Batang permai barang tebuan 
            Kami menerima kami memberi; 
            Kuntum kami hak tuan. 

Pada hari tersebut, ditetapkan tarikh hari perkahwinan dan diberitahu syarat-syarat yang dikenakan.  Antaranya jika pihak Ielaki memungkiri janji, dia akan didenda dengan memenuhi hantaran yang ditetapkan. Sebaliknya jika pihak perempuan yang memutuskan pertunangan, dia dikenakan membayar ganti rugi dua kali ganda hantaran yang telah dijanjikan. 

Setelah semua perkara dibicarakan, pihak Ielaki akan menyerahkan segala hantaran kepada pihak perempuan dengan sopan, kecuali cincin tanda atau cincin tanda atau cincin tunang yang dipegang oleh kakak atau emak saudara pihak lelaki untuk disarungkan ke jari manis si gadis. 

Si gadis yang dihiasi cantik dengan  berpakaian menarik menanti di dalam bilik dengan penuh tertib.  Inilah masanya kakak atau ibu saudara pihak Ielaki melihat lebih dekat wajah si gadis. 

Barang-barang daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki dibalas dalam bilangan ganjil juga.  Antara hadiah yang dibalas ialah songkok, sejadah, sepasang persalinan dan sebagainya. 

Selepas bertukar-tukar hadiah, jamuan akan dihidangkan. Selepas itu barulah rombongan pihak lelaki pulang. 


AKAD NIKAH 

Sebelum akad nikah dijalankan, imam biasanya akan mcngingatkan si teruna kepada hal-hal keagamaan dan tanggungjawab yang bakal dihadapi sebagai suami mengikut lunas-lunas Islam. Ini termasuklah mengucapkan dua kalimah syahadat, menuturkan rukun Islam dan rukun lman. 

Selepas upacara akad nikah, pengantin lelaki akan bersalin pakaian untuk turut serta dalam adat berinai besar. 

Jika akad nikah dilakukan pada malam berinai besar, barang-barang hantaran adalah seperti berikut: 

   1. Sebentuk cincin emas ataupun intan berlian. 
   2. Sepasang pakaian. 
   3. Sehelai kain tudung. 
   4. Sepasang kasut. 
   5. Sebuah beg tangan. 
   6. Wang hantaran dan mas kahwin. 
   7. Bunga rampai. 
   8. Buah-buahan dan lain-lain yang sesuai, tetapi kesemua hantaran ini hendaklah didahului oleh tepak sirih atau sirih junjung. 

Barang-barang ini dibawa pada malam berinai besar ke rumah pengantin dalam bilangan ganjil dan dibalas oleh pihak perempuan melebihi daripada jumlah dulang pihak lelaki dalam bilangan ganjil juga. 

Tetapi, jika akad nikah dilakukan pada siang hari yakni pada hari langsung, barang-barang hantaran ini mestilah dibawa bersama untuk upacara akad nikah. 


ADAT BERINAI 

Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat seperti berikut: 

1 . Berinai curi. Diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara-mara terdekat sahaja. 

2. Berinai kecil. Diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk para saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai. 

3. Berinai besar. Diadakan satu malam sebelum hari langsung untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan. Biasanya ia dilakukan selepas upacara akad nikah. 

Dalam adat berinai curi dan berinai kecil, pihak Ielaki tidak diundang dan tidak seharusnya datang.  Manakala pada malam berinai besar, pihak lelaki turut serta. Pada malam upacara berinai besarlah akad nikah dilangsungkan, yakni sebelum berinai besar. Apakala pengantin Ielaki didudukkan di atas pelamin, upacara berinai dilakukan oleh para jemputan lelaki dan perempuan, kebanyakannya daripada pihak perempuan. Jumlah orang yang menginai mestilah ganjil. Demikian juga apabila menginaikannya. 

Upacara ini bertujuan untuk kebersihan dan kesucian kedua-dua pengantin, kerana ini dianggap 'berkat', iaitu satu cara penyucian dan perlindungan.  Kedua-dua bakal pengantin dianggap wangi dan berdarah manis.


HARI LANGSUNG ATAU HARI BERSANDING

Hari langsung atau hari bersanding merupakan kemuncak istiadat perkahwinan.  Pada hari inilah pengantin digelar raja sehari. Sebelum sampai waktu bersanding, Pengantin lelaki dan perempuan akan dijaga ketat. 

Sebelum persandingan berlangsung beberapa perkara akan dilalui oleh pengantin. Di sesetengah tempat, kedua-dua pengantin diandam manakala di sesetengah tempat lainnya pengantin perempuan sahaja diandam. 

Pada waktu pagi, sebelum bersanding, pengantin perempuan akan bersalin-salin pakaian. Bermacam-macam fesyen pakaian digayakan kemudian dibawa duduk di atas pelamin.  Antara jenis pakaian yang sering dikenakan ialah pakalan Minangkabau, Sari, Ceongsam, Cik Siti Wan Kembang dan lain-lain lagi. 

Adat menyumbang atau bergotong-royong memang telah diamalkan sejak beratus-ratus tahun dahulu. Pelbagai bentuk sumbangan diberikan daripada bahan makanan hinggalah sumbangan tenaga seperti mendirikan bangsal, penanggah dan mendirikan khemah. 

Jika sumbangan itu besar, ibu bapa pengantin perempuan akan diberitahu awal-awal lagi untuk membuat anggaran sumbangan bunga telur. Kalau sumbangannya belumlah 1000, manakala jemputan 1500, tuan rumah akan menyediakan 500 bunga telur sahaja.  Ini supaya tidak membazir. 

Selain daripada sumbangangini, ada sejenis sumbangan lagi yang diberi ketika bersalam kepada lbu bapa pengantin.  Adat ini disebut 'salam berisi'.  Mengikut adat ini, selalunya jumlah keseluruhan sumbangan salam berisi mencukupi atau sekurang-kurangnya dapat menampung perbelanjaan untuk majlis hari langsung. 

Adat ini harus dipuji kerana ia membantu mengelakkan ibu bapa si gadis daripada bergadai-bergolok semata-mata untuk mengadakan majlis perkahwinan anak mereka.  Suatu perkara yang menarik, kaum wanita yang menuju ke rumah pengantin perempuan akan membawa bekas berisi gula, tepung, beras pulut dan sebagainya. Sebagai balasan bekas-bekas itu akan diisikan dengan pulut kuning atau apa sahaja makanan yang ada sewaktu hari langsung.  Adat rnemberi sumbangangini juga diamalkan di negeri-negeri yang kebanyakan masyarakatnya adalah orang jawa atau orang Minangkabau seperti di Negcri Sembilan, Johor dan negeri-negeri lain.


BERARAK DAN BERSANDING 

Dalam setiap majlis perkahwinan masyarakat Melayu, adat berarak dan bersanding jarang sekali ditinggalkan. Setelah membaca doa selamat, jamuan dihidangkan dan bunga telur diedarkan kepada para jemputan kedua-dua pihak. 

Persamaan adat yang diamalkan di negeri-negeri dalam istiadat berarak dan bersanding adalah adat duduk di atas pelamin. Pengantin lelaki duduk di sebelah kanan dan pengantin perempuan duduk di sebelah kiri, acara menyuap antara pengantin dan acara masuk ke bilik. 

Sebelum istiadat duduk atas pelamin, pengantin lelaki akan berpakaian pengantin yang lengkap. Pengantin perempuan berkebaya panjang, berkain sarung yang biasanya dibuat daripada kain songket. Rambut disanggul berhias cucuk goyang yang diperbuat daripada suasa atau perak.  Tangan pula bergelang bertingkat-tingkat, jari bercincin, lchcr berkalung dokoh dan perhiasan-perhiasan lain. 

Bagaimanapun, hari ini tidak ramai pengantin yang memakai cucuk goyang. Setelah selesai berpakaian khas, pengantin lclaki tidak boleh masuk ke rumah pengantin perempuan sebelum pangantin perempuan mengirimkan sirih latlat atau disebut sirih genggam untuk pengantin lelaki. Ini sebagai tanda pengantin perempuan sudah bersedia menunggu kedatangan pengantin lelaki. Sirih latlat ini akan digcnggam olen pengantin lelaki hinggalah acara suap-suapan. 

Kemudian, dengan diringi pengapit dan bunga manggar, rombongan pengantin lelaki berjalan perlahan-lahan menuju rumah pengantin perempuan dengan didahului oleh kaum ibu. Di belakang mcreka pula kumpulan kompang, rebana atau hadrah. 

Setibanya di pekarangan rumah, pengantin perempuan sendiri menyambutnya dengan diiringi oleh mak andam. Mereka terus didudukkan dahulu di satu tempat khas di halaman rumah untuk upacara pencak silat yang diadakan sebagai tanda penghormatan kepada raja sehari. 

Ketika ini, seorang lelaki wakil pihak perempuan akan menyambut dan membisikkan peraturan-peraturan yang akan dibuat sewaktu istiadat bersanding kepada pengapit pengantin lelaki. Kemudian kedua-dua mempelai dipersilakan masuk ke dalam rumah untuk upacara persandingan. 

Selepas bersanding, kedua-dua mempelai akan turun ke halaman rumah untuk upacara makan damai. Usik-mengusik dan gelak ketawa memeriahkan suasana makan damai. 

Pada sebelah malamnya, diadakan majlis bersukaria atau joget lambak yang terkenal di Mclaka. la dmulakan oleh kedua pengantin kemudian diikuti para tetamu dan mereka yang bekerja keras sepanjang majlis perkahwinan itu. 

Di setengah-setengah tempat upacara bertandang atau menziarahi kaum keluarga dilakukan selepas selesai adat bersiram. Kadang kala kedua-dua mempelai diasah gigi mereka oleh mak andam atau tukang gigi khas tetapi sekarang ia tidak dipraktikkan lagi.


SAMBUT MENANTU

Adat sambut menantu biasanya dibuat sehari selepas atau seminggu kemudian. Ada kalanya adat bersanding diadakan sekali lagi di rumah pengantin lelaki untuk memberi peluang pihak kaum keluarga lelaki yang tidak turut serta ke rumah pengantin perempuan. 



Pemergiannye Allayarham bermakna kita kehilangan satu lagi insan seni tanah air kite. Macam saya ni, mungkin ramai yang tak tahu menahu tentang Allayarhamkan.. Post kali ni as a tribute to him.

"Pemain gitar Lefthanded, Allayarham Abdul Samad Mian meninggal dunia di sini hari ini.Menurut isterinya, Norliza Sumairi, Samad terjatuh kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi ketika berada di pejabat abangnya di Ampang.Samad, 45, kemudian dibawa ke Hospital Ampang dan disahkan sudah meninggal dunia.Beliau yang menyertai dunia muzik sjk berumur 20 tahun, pernah mjadi pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).News by Metal War Music." Satu quote yang saya dapat dari manrani99 yang buat commment kat youtube.

Layankan kenangan terakhir aksi Allayarham kite .. Layanzzzzz...



For more info klik sini