Alamak.. minggu ni memang banyak cete-cete yang tak besh kan..ha.. post kali ni sal Abang Aziz M Osman kita la...

Apa citanye: terpaksa bercerai sebab pernikahan itu dijalankan semasa ustazah tersebut masih dalam tempoh edah.

Camne leh tau: Pas balik HoneyMoon kat Bali, Indonesia... Alamak tOo Late arr bro..

Informer: Bekas Suami Noraradhirah Ramli

5 comments:

Sis Lin said...

cmne leh tertpu ye...ye la pompuan cntik muda,msti org ingt ank dara..rupanye,janda muda...sian aziz tu yer...

Unknown said...

ustazah kan tu? isk isk. sian mereka dan keluarga mereka.

Splitzbz said...

ha.. itulah bak pepatah orang tua.. looks can be deceiving.. la.. kalu tak caya tak yah carik contoh jauh2... tengok je pasangan sendiri.. mula2.. cantik, wa boleh jamin lu 99% memang complete... TAPI.. bila da lama sketz.. lu tengoklah sendili.. sume akan terTONJOL dengan sendirinye, yawww sungguh MENAKUTKAN!!!!... well kengkawan.. skang ni ustazah ke hape ke.. susah gak nak caya.. sebab zaman dunia berintenet ni sume dibolehkan je.. sape yang susah.. mereka punya family juga.. he he he

alQasam said...

KUALA LUMPUR - Pernikahan pengarah filem terkenal, Aziz M. Osman, 46, dengan Nor Radhiah Ramli, 22, adalah sah di sisi undang-undang dan juga hukum syarak kerana pernikahan Nor Radhiah sebelum ini telah diisytiharkan oleh Mahkamah Syariah sebagai tidak sah.

Menurut tokoh agama, Datuk Dr. Harun Din, pernikahan seseorang itu adalah sah dengan syarat lima rukun nikah iaitu calon suami, calon isteri, wali, saksi dan juga akad.

"Urusan pernikahan adalah mengikut peraturan negeri dan melalui jurunikah yang telah ditauliahkan.

"Jika pernikahan telah diisytiharkan oleh kerajaan negeri sebagai tidak sah maka tidak wujud istilah talak ataupun cerai oleh itu si isteri boleh bernikah lain," katanya ketika diminta mengulas status pernikahan Aziz ekoran wujud dakwaan menyatakannya tidak sah.

Ia ekoran dakwaan ibu Aziz, Afida Es bahawa perkahwinan itu tidak sah kerana Nor Radhiah berkahwin dengan Aziz dalam tempoh edah selepas bercerai dengan suaminya sebelum ini.

Kedua-duanya bernikah pada 16 Ogos lalu.

Namun, Harun memberitahu, sekiranya si isteri pernah bersetubuh sebelum ini dengan 'suami pertamanya' yang dikira sebagai 'bersetubuh dalam kesamaran' atau wati syubhah maka dia perlu melalui proses edah bagi mengelak keraguan jika mengandung.

Sementara itu di Kuala Terengganu, Nor Radhiah yang dihubungi memberitahu, beliau terpaksa menunggu tiga bulan lagi untuk mengetahui pengesahan perkahwinan dengan pengarah Aziz daripada Mahkamah Syariah, di sini.

Katanya, dia sudah mendapatkan borang pengesahan perkahwinan dan berharap masalah yang dihadapi dengan suaminya selesai secepat mungkin
-Kosmo

alQasam said...

Kami tunggu keputusan mahkamah'
Oleh Zubir Mohd Yunus

HARI ini genap tiga bulan usia perkahwinan penerbit, pelakon dan pengarah terkenal, Aziz M Osman, 46, dengan seorang ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22, namun rumah tangga mereka berdepan kontroversi panas apabila ibu Aziz, Afida Es mengeluarkan kenyataan mendakwa pernikahan anaknya dengan Radhiah, tidak sah apabila wanita dinikahi itu masih dalam tempoh edah.

Afida dalam kenyataannya seperti dilaporkan akhbar berkata, Aziz menceritakan masalah dihadapinya selepas pulang berbulan madu bersama isterinya di Bali, Ogos lalu. Ketika Aziz merujuk permasalahannya ke mahkamah syariah, status perkahwinannya batal. Aziz, duda anak lima diijabkabulkan dengan Nor Radhiah di Masjid Padang Nenas, Tepuh, Kuala Terengganu pada 16 Ogos lalu. Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Ramli Yusuf, 52, dengan disaksikan jurunikah mukim Batu Rakit, Ismail Yusuf, 63, yang juga bapa saudara Nor Radhiah.

Aziz mula berkenalan dengan Nor Radhiah ketika dia mengerjakan umrah pada 9 hingga 20 Mac lalu. Pun begitu, Nor Radhiah mengakui, sebelum berkahwin dengan Aziz, dia pernah melakukan kesilapan apabila bernikah dengan seorang lelaki berusia 28 tahun di Pengkalan Kubur, Kelantan. Pernikahan yang dijalankan jurunikah tidak diiktiraf itu dilakukan secara wali hakim tanpa pengetahuan ibu bapa Nor Radhiah.

Kata Nor Radhiah, dia berkahwin dengan bekas suami terdahulu pada 4 April 2008 dan menerima surat dari Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu bertarikh 28 Julai 2008 yang mengesahkan perkahwinan itu tidak sah mengikut hukum syarak kerana jurunikah terbabit melakukan akad nikah itu di luar bidang kuasa istikhlaf, iaitu bukan dalam wilayah Narathiwat, Thailand sebaliknya di Pengkalan Kubur.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Aziz mengesahkan dia dan isterinya kini sudah tidak tinggal sebumbung lagi kerana masih ragu-ragu dengan status perkahwinannya, selain masih menunggu pengesahan dari Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu sebelum dia membuat sebarang keputusan sama ada menerima Nor Radhiah kembali atau sebaliknya apabila ada dakwaan mengatakan Aziz mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami.

Namun, Harian Metro terbitan 4 November lalu, melaporkan perkahwinan Aziz dan Nor Radhiah adalah sah kerana perkahwinan pertama Nor Radhiah sudah diputuskan tidak sah mengikut hukum syarak oleh mahkamah syariah menyebabkan wanita itu tidak perlu menjalani tempoh edah. Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, berkata tidak ada sebab Aziz berasa sangsi atau ragu-ragu mengenai status perkahwinannya kerana Nor Radhiah sudah disahkan tidak mempunyai ikatan dengan ‘suami’ pertama dan tidak perlu menjalani tempoh edah. Namun, jika suaminya berasa tertipu disebabkan tidak dimaklumkan wanita itu pernah berkahwin, maka suami ada sebab kukuh menceraikannya.

Nor Radhiah turut mendakwa, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu sudah mengeluarkan sijil perkahwinannya dengan Aziz dan dengan adanya sijil perkahwinan itu, sedikit sebanyak membantunya serta keluarga memulihkan perselisihan faham berkenaan.

Bagi meleraikan segala kekusutan, penulis berpeluang menemui Aziz di set penggambaran drama bersiri, Fara 3 di Sri Pentas TV3, tengah malam 11 November lalu, sekali gus cuba mengorek lebih mendalam apa sebenarnya berlaku dalam kemelut rumah tangganya.

Kisah macam filem

“Kisah yang berlaku dalam perkahwinan saya ini boleh diibaratkan sebagai sebuah filem cinta. Kita namakan hero sebagai Ali yang sedang bercinta dengan heroin bernama Aminah. Mereka bercinta sejak zaman sekolah. Kedua-duanya juga sudah membuat perjanjian untuk mendirikan rumah tangga bersama.

Namun, apabila perkara itu dikemukakan kepada orang tua, tiba-tiba keluarga si Ali membantah kerana soal darjat, sekali gus menolak Aminah untuk disatukan. Ali seorang yang berkedudukan tinggi dalam kampungnya, manakala Aminah sekadar gadis biasa. Justeru, mereka terperangkap kerana kedua-duanya saling cinta mencintai.

Ibu si Ali sangat ‘vokal’ apabila dia menunjukkan kebenciannya terhadap Aminah dan keluarganya lalu membuatkan ibu si Aminah turut menolak Ali. Satu langkah perlu diambil untuk memulihkan keadaan apabila ibu Aminah perlu berbuat sesuatu supaya anaknya melupakan Ali. Maka Aminah dibawa mengerjakan umrah dengan harapan dia melupakan Ali.

Apabila Aminah berada di Tanah suci, maka dia bertemu seorang lagi karektor bernama Ahmad. Ibu Aminah nampak ciri-ciri yang ada pada Ahmad sesuai untuk dijadikan menantu. Sekembalinya mereka dari Makkah, Ali sudah dapat tahu Ahmad bakal menggugat kedudukannya. Justeru, Ali mengambil langkah drastik melarikan Aminah, seterusnya berkahwin tanpa pengetahuan keluarga. Apabila ibu Aminah dapat tahu anak perempuannya sudah berkahwin, maka dia mencari jalan memutuskan perkahwinan antara Ali dan Aminah dengan harapan menyatukan anaknya dengan Ahmad. Ali nampak dirinya sudah tidak ada harapan apabila diri Aminah sudah dikawal ibunya. Ahmad pula tidak tahu, Ali dan Aminah sudah berkahwin sebelum ini. Pada suatu ketika Ahmad sudah tahu cerita sebenar dan dia tidak boleh masuk campur sehingga status perkahwinan Aminah sebelum ini diputuskan, manakala ibu Aminah pula mendakwa perkahwinan anaknya tidak sah kerana walinya masih ada.

Aziz tiada niat tutup rahsia

Kesimpulan cerita filem cinta ini, seandainya hendak diletakkan watak-watak itu dalam situasi perkahwinan saya, saya sekadar pelakon pembantu yang membawakan watak sebagai Ahmad. Saya meletakkan Nor Radhiah sebagai Aminah dan suami pertamanya sebagai Ali. Jadi, inilah ‘drama’ yang berlaku dalam situasi perkahwinan saya sekarang ini.

Laporan mengenai status perkahwinan antara saya dan Nor Radhiah yang didedahkan menerusi media sebelum ini tidak diceritakan sepenuhnya, hanya pada dasarnya saja, tidak secara mendalam kerana ia satu perkara yang rumit. Sekiranya ada kenyataan datang daripada saya, ia satu kesalahan kerana saya bukan ahli (arif) dalam perkara ini.

Saya tidak berniat untuk menutup rahsia mahupun menyembunyikan kenyataan, tapi perkara ini perlu dirujuk kepada mereka yang benar-benar pakar. Ketentuan sama ada pernikahan saya dan Nor Radhiah sah atau sebaliknya perlu diputuskan pihak yang berkenaan.”

“Soal sama ada saya akan kembali kepada Nor Radhiah itu akan bergantung kepada keputusan mahkamah. Awalnya saya mahu melindungi perkara ini dari diketahui umum, tapi status saya sebagai selebriti membuatkan ramai orang nak tahu cerita lebih lanjut. Kesilapannya apabila ada pihak daripada keluarga saya mahupun Nor Radhiah yang membuat kenyataan media berdasarkan andaian.

Ini termasuklah kenyataan daripada pakar agama yang membuat kesimpulan berdasarkan andaian yang mereka peroleh. Sedangkan di sebalik isu ini ada perkara dalaman yang belum diceritakan lagi. Ia tidak akan diceritakan di sini, sebaliknya perkara dalaman itu akan diceritakan di dewan mahkamah.

Nampak sah tapi dipertikai

Dari segi hukum, apabila kita berada dalam keadaan ragu-ragu, saya mengambil keputusan untuk tidak tinggal sebumbung dengan Nor Radhiah. Justeru, ada pihak yang menyalahkan saya kerana tidak bertanggungjawab. Bukan soal bertanggungjawab atau sebaliknya, tapi selagi ada was-was, selagi tidak ada pengesahan (perkara dalaman), saya tidak boleh meneruskan kehidupan sebagai suami isteri.

Pernikahan saya dan Nor Radhiah pada 16 Ogos lalu memang nampak sah, tetapi dipertikaikan oleh masyarakat mengenai kesahihan sah yang didakwa itu apabila pihak perempuan sendiri memberitahu yang dia pernah berkahwin sebelum ini. Nor Radhiah sendiri pernah membuat kenyataan mengenai kisah silamnya terutama perkahwinan terdahulunya.

Pun begitu, saya pernah melihat surat pengesahan nikah tidak sah Nor Radhiah dengan suami pertamanya. Tetapi dalam satu klausa itu, ada menyatakan wati syubahah, bermakna walaupun tanpa nikah, apabila pasangan itu pernah bersama (melakukan persetubuhan), maknanya si perempuan perlu menjalani tempoh edah.

Jadi, perkara ini yang perlu saya rujuk kepada mahkamah bagi menentukan kesahihan status pernikahan saya. Bagi saya, perkara ini boleh diselesaikan secara low profile, tetapi sekarang sudah membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak. Keadaan itu sedikit sebanyak menjejaskan proses dan hubungan antara keluarga kami, itu dilemanya. Maknanya, retak itu sudah ada, nak tunggu runtuh saja, jadi itu yang dikhuatirkan.

Dalam menangani perkara ini, saya tidak pernah rasa diperalatkan atau ditipu kerana saya sudah mengetahui Nor Radhiah pernah berkahwin sebelum ini dan saya bersedia menerima Nor Radhiah seadanya, tapi takdir menunjukkan perkara ini ada kesilapan. Bagi saya, apa berlaku ini adalah dugaan. Ada rahsia di sebalik kejadian ini. Pengajaran yang diperoleh, jangan gelojoh nak kahwin, bertunang dulu!”