picture source
Storyline dia..
Pelakon : Liyana Jasmay, Sabrina Hassan, Eja, Sherry Ibrahim, Nana, Diana Danielle, Que Haidar, Hasnul Rahmat, Awal Ashaari, Danny X Factor, Reza AF, Zack Taipan
Filem Maut menggunakan pendekatan ensemble movie apabila dipersembahkan dengan tiga jalan cerita berbeza.
Kisah pertama mengenai seorang pelajar bernama Su. Ketika sedang mentelaah di rumahnya pada waktu malam, dia didatangi seorang gadis bernama Fadilah yang meminta pertolongan untuk berlindung di rumahnya.
Kehilangan Fadilah menimbulkan misteri. Su bertambah runsing apabila kisah kehilangan Fadilah dilaporkan media masa.
Kisah kedua pula berkisar mengenai Farah, seorang pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Dia memilih seorang jejaka Inggeris bernama Duke sebagai pasangan hidupnya.
Pada satu hari, mereka mengadakan parti dan pada majlis berkenaan Duke berlaku curang dan perkara itu dilihat Farah. Akibat terlalu marah, Farah meninggalkan rumah dan memandu dengan laju. Sesuatu berlaku kepadanya tanpa diduga menyebabkan dia insaf.
Sementara itu, JJ seorang lelaki muda yang hilang pegangan agamanya diangkat dalam kisah ketiga filem Maut ini. Tatu menghiasi tubuh badannya dan muzik black metal pula menjadi penghibur halwa telinganya.
Dia juga semakin lupa pada agama dan tidak menghiraukan nasihat ibu dan kakaknya. Pada satu malam, JJ dan rakan-rakannya yang sedang dalam perjalanan pulang selepas menyaksikan konsert black metal ditimpa kemalangan dahsyat. Apakah yang berlaku kepadanya selepas itu?
Bagaimana keadaan mereka ketika menghadapi maut ini? Situasi inilah yang boleh menyebabkan penonton terfikir, di manakah kedudukan kita sebenarnya terutama di sisi Tuhan
Cete terbaru arahan Bade Haji Azmi kalau ikut kutipan dari panggung wayang dah cecah RM700 riban tu... pastuh bak kata komen orang yg dah penah tengok cete tu.. ade yang komen yang cete ni tak segempaks dia punya trailer...
TAPI.. apa yang penting wa mau tabik bro Bade coz brani wat cete yg lain dari yg lain ni.. papepon guys kalau dah takde cete lain yang korang nak tengok, trylah tengok cete ni... Paling-palingpon korang dapat pengajaran dari cete ni...
0 comments:
Post a Comment