Picture Source


LOS ANGELES: Gara-gara terlalu kecewa akibat diberhentikan kerja, seorang lelaki menembak mati isteri dan lima anaknya sebelum membunuh diri, semalam.


Menurut polis, kejadian itu disedari selepas pihak berkuasa menemui tujuh mayat di dalam sebuah rumah di pinggir Wilmington, selatan Los Angeles kira-kira jam 8 pagi (waktu tempatan).

Jurucakap polis Los Angeles, Ken Garner, berkata setakat ini polis percaya pembunuhan dilakukan lelaki terbabit sebelum dia menembak dirinya sendiri.

Katanya, sebelum itu sebuah stesen televisyen tempatan menghubungi polis selepas mereka mendapat maklumat mengenai kemungkinan berlaku pembunuhan di sebuah rumah.

“Stesen televisyen itu mendapat panggilan daripada seorang lelaki serta menerima faks untuk memaklumkan rancangannya membunuh seluruh anggota keluarga dan dirinya sendiri.

“Melalui faks itu, lelaki terbabit menyatakan dia diberhentikan daripada tugasnya di sebuah hospital yang diuruskan kumpulan perubatan Amerika Syarikat, Kaiser Permanente di barat Los Angeles,” katanya.

Sumber berita

0 comments: